DBKL sita peniaga di Kampung Baru

0
866
Penguatkuasa DBKL merampas barang-barang perniagaan dalam operasi pengosongan kawasan bahu jalan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru.

KUALA LUMPUR – Kumpulan penjaja warga asing di sekitar Jalan Raja Alang, Kampung Baru yang mengingkari arahan dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berputih mata apabila dikenakan tindakan sita dan denda.

Dalam operasi Tindakan Khas Terhadap Peniaga Warganegara Asing yang dijalankan semalam, 5 tindakan sita dikenakan terhadap peniaga warga Indonesia dan Thailand yang ingkar arahan pengosongan kawasan bahu jalan dan jalan awam.

DBKL dalam kenyataan hari ini berkata, tindakan dilakukan selepas pihaknya kegagalan kumpulan peniaga dan penjaja di kawasan itu mematuhi arahan dikeluarkan sebelum ini.

Katanya, barang-barang disita melibatkan 25 barangan peralatan perniagaan seperti khemah, gerai, kerusi plastik, payung, tray besi, dapur dan lain-lain peralatan.

“Tindakan diambil di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Kesemua barangan yang disita, telah dipindahkan ke Setor DBKL di Jalan Lombong, Cheras untuk proses penyimpanan dan dokumentasi termasuk passport dan sebuah telefon bimbit (milik peniaga warga asing yang melarikan diri semasa sitaan),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu DBKL memaklumkan, tindakan itu akan diteruskan dari masa ke semasa mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta prosedur operasi standar (SOP) pihaknya.

“Warga kota diminta untuk terus memberi kerjasama dengan menyalurkan naklumat dan aduan kepada pihak DBKL melalui link yang telah disediakan:-
http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do

Penguatkuasa DBKL merampas barang-barang perniagaan dalam operasi pengosongan kawasan bahu jalan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here