
KABUL – Beberapa buah roket dilaporkan meletup berhampiran Istana Presiden Afghanistan, hari ini.
Menurut al-Jazeera, serangan itu dilancarkan ketika Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani dan jemputan sedang menunaikan solat Hari Raya Aidiladha di pekarangan bangunan tersebut.
Insiden serangan itu terakam pada siaran langsung yang disiarkan menerusi televisyen tempatan.
Buat masa ini, pihak yang melancarkan serangan itu masih belum dikenal pasti.
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, tiga buah roket dilaporkan meletup.
“Hari ini, mush Afghanistan telah melancarkan serangan roket ke atas beberapa kedudukan.
“Kesemua roket itu meletup di tiga sasaran berbeza, dan setakat ini, kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” kata jurucakap kementerian, Mirwais Stanekzai.