Dewan Rakyat ditangguh sehingga 5.15 petang

0
40
Sidang Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan buat kali ketiga hari ini iaitu sehingga pukul 5.15 petang pula.

Penangguhan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon sebentar tadi.

Alasan penangguhan itu ialah kerana terdapat dua kes baharu positif Covid-19 dikesan di bangunan Parlimen hari ini.

“Terdapat dua lagi kes positif Covid-19 dikesan di bangunan Parlimen dan penangguhan dibuat bagi membolehkan semua orang di bangunan itu menjalani saringan,”katanya.

Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan surat Istana Negara berhubung Ordinan Darurat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here