Dewan Rakyat kecoh, desak Muhyiddin letak Jawatan

0
542
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR-  Sidang Dewan Rakyat kecoh dengan perkataan ‘derhaka’  dan ‘letak jawatan’ selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan kenyataan Istana Negara berhubung pembatalan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat.

Anwar menyifatkan kenyataan Istana Negara yang menzahirkan rasa amat dukacita Yang di-Pertuan Agong itu, menunjukkan secara jelas kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melanggar prinsip Perlembagaan dan tidak menghormati institusi diraja.

Tegasnya, kenyataan pembatalan Ordinan Darurat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Isnin lalu juga mengelirukan Dewan Rakyat.

“Kabinet yang diketuai Muhyiddin melanggar Perlembangan dan menghina Istitusi Raja-Raja, kita tiada pilihan dan menuntut Perdana Menteri meletak jawatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Istana Negara dalam satu kenyataan memaklukan,kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat pada 26 Julai lalu kerana ia belum diperkenankan baginda.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang dipersetujui terdahulu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here