Dewan Rakyat: kesihatan awam dan usaha tangani Covid-19 jadi tumpuan hari ini

0
13
Parlimen

KUALA LUMPUR -Kesihatan awam dan tindakan menangani pandemik Covid-19 akan menjadi agenda utama pada hari kedua Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara berkenaan akan diperjelaskan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Selepas sesi tersebut, ahli-ahli Parlimen akan mengemukakan persoalan penjelasan lanjut dan cadangan sebelum dijawab menteri berkenaan.

Antra topik yang dijangka diketengahkan termasuk langkah mitigasi menangani peningkatan kes, penambahan kapasiti di fasiliti kesihatan awam seluruh negara dan kebajikan petugas kesihatan.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 berlangsung selama lima hari bermula semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here