Dijangkiti Covid-19 peringkat 5, Ketua Pemuda PH terpaksa ditidurkan

0
569
Shazni Munir

CYBERJAYA – Tahap kesihatan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir berada dalam keadaan semakin membimbangkan sejak disahkan positif Covid-19 beberapa hari yang lalu.

Menurut Amanah dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya, Ketua Pemuda Amanah Nasional itu kini berada di peringkat kelima Covid-19.

“Mohon doa kesembuhan kepada Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir yang kini berada di stage lima bergelut dengan Covid-19.

“Beliau pagi tadi telah ditidurkan dan dimasukkan alat bantuan pernafasan kerana otot telah lemah,” katanya hari ini.

Minggu lalu, Shazni disahkan berada di peringkat empat Covid-19 dan berada dalam keadaan kritikal.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here