Dr Mahathir gesa Parlimen dibuka esok atau lusa

0
122
Tun Dr Mahathir Mohamad

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk mempercepatkan perjalanan sidang Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, ini kerana tarikh pembukaan Parlimen pada 26 Julai ini adalah terlalu lewat berdasarkan situasi semasa.

“Pada pandangan saya, kita tidak boleh menunggu 19 hari lagi untuk bersidang kerana keadaan negara dari segi kesihatan, ekonomi, sosial dan politik negara tersangat kritikal dan memerlukan tindakan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Mahathir berkata, tindakan melewatkan sidang tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan tidak menunjukkan satu keperluan mendesak di pihak kerajaan.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berharap sidang Dewan Rakyat dapat dibuat segera.

“Saya harap Yang di-Pertua Dewan Rakyat dapat memastikan sidang dewan diadakan seberapa segera jika perlu esok atau lusa dan bukan 19 hari lagi,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here