
CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan perasaan sedih apabila rakan sekolahnya meninggal dunia setelah bertarung dengan virus Covid-19.
Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook miliknya, Dr Noor Hisham berkata, Allahyarham Dr Baharuddin Che Pa yang merupakan pensyarah di Universiti Malaya meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.
“Saya baru mendapat perkhabaran sedih, rakan sekolah kami, Dr Baharuddin Che Pa telah kembali menemui penciptanya setelah bertarung dengan virus Covid-19 di Hospital Sungai Buloh. Takziah diucapkan kepada balu Allahyarham yang juga junior kami, Siti Salmiah dan keluarga,
“Didoakan roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” katanya.
Sementara itu, menurut laman Facebook JSE APIUM UM, Allahyarham yang berkhidmat sebagai Pensyarah di Jabatan Siyasah Syariah, Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) meninggal dunia pada jam 5.15 pagi tadi.
“Semoga Dr Bharuddin Che Pa ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin ya rabb,” tulisnya.-MT