Dua pasangan beregu Jepun tersingkir, Taiwan dan Indonesia bertemu di separuh akhir

0
171
Pasangan dari Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-Lin

TOKYO – Jepun terus kecewa dalam acara badminton temasya Sukan Olimpik apabila dua pasangan beregu lelakinya tewas dalam pertarungan peringkat suku akhir sebentar tadi.

Dalam aksi suku akhir pertama pasangan Takeshi Kamura dan Keigo Sonoda tewas kepada pilihan kedua Sukan Olimpik, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dengan keputusan tiga set, 21-14,16-21,21-9 di Musashino Forest Plaza, Tokyo.

Kemudiannya dalam aksi suku akhir satu lagi, beregu pilihan keempat, Yuta Watanabe dan Hiroyuki Endo tewas kepada pasangan dari Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-Lin dengan keputusan straight set 21-16, 21-19 hanya dalam tempoh 42 minit.

Yuta Watanabe dan Hiroyuki Endo tewas kepada pasangan dari Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-Lin

Menerusi kemenangan itu membolehkan kedua-dua pasangan tersebut bertemu di peringkat separuh esok.

Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan

Terdahulu dalam aksi awal pagi tadi, pasangan beregu Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik layak ke separuh akhir selepas menundukkan pilihan nombor satu kejohanan, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dalam aksi suku akhir sebentar tadi.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik layak ke separuh akhir selepas menundukkan pilihan nombor satu kejohanan, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dalam aksi suku akhir sebentar tadi.
Li Jun Hui dan Liu Yu Chen

Pasangan muda negara itu, akan bertemu dengan pilihan ketiga acara beregu lelaki iaitu Li Jun Hui dan Liu Yu Chen yang berjaya menundukkan pasangan dari Denmark sebentar tadi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here