Dua Pegawai Daerah termasuk kontraktor ditahan disyaki terima rasuah

0
1743

CYBERJAYA – Dua orang bekas Yang Di Pertua (YDP) Majlis Perbandaran di Selangor ditahan kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor projek dan pemaju perumahan di kawasan masing-masing.

Difahamkan, kedua-dua YDP tersebut yang kini memegang jawatan Pegawai Daerah (DO) berusia 47 tahun ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberikan keterangan lewat malam tadi.

“Seorang kontraktor yang terlibat juga turut ditahan bagi membantu siasatan kerana merasuah kedua-dua saspek bagi membolot projek-projek yang ditawarkan di dua majlis perbandaran yang diketuai kedua-dua YDP tersebut.

“Kontraktor yang berusia 42 tahun itu dipercayai mengawal 16 syarikat yang didaftarkan atas nama saudara dan pekerja-pekerja beliau bagi mendapatkan projek-projek di dua Majlis Perbandaran tersebut,” kata satu sumber seperti dilaporkan oleh portal Utusan.

Difahamkan, bagi setiap projek yang diperoleh, kedua-dua bekas YDP tersebut menerima habuan rasuah sebanyak 5 peratus dari nilai projek, dengan projek-projek yang dimonopoli dianggarkan mencecah jutaan ringgit sejak tahun 2018 hingga 2021.

Selain itu, sumber memberitahu, pelbagai bentuk suapan rasuah diberikan kepada kedua-dua suspek termasuk sebuah rumah bernilai RM1 juta, wang tunai berjumlah RM500,000 dan pakej pelancongan ke Eropah bagi meluluskan kebenaran merancang dan pembangunan milik sebuah syarikat pemaju perumahan.

Beberapa siri serbuan telah dibuat di sekitar Selangor sejak awal pagi semalam.

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here