Ebit Lew buat laporan polis di IPD Dang Wangi

0
1898
Kenderaan Alphard yang membawa Ebit Lew

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ebit Lew hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini untuk membuat laporan polis berhubung beberapa tuduhan yang dibuat terhadapnya.

Ebit yang tiba pada pukul 6.15 petang tadi dengan kenderaan Alphard berwarna putih turut diiringi dengan dua buah kenderaan lain.

Difahamkan Ebit akan membuat satu sidang akhbar sejurus selepas laporan polis itu dibuat.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memuat naik satu hantaran menerusi Telegram berhubung misi kemanusiaan Ebit bersama pasukannya baru-baru ini.

Ebit Lew ketika misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini

Dalam status berkenaan, Nadir turut mengkritik cara kemasukan pasukan misi kemanusiaan yang diketuai Ebit kerana menggunakan syarikat swasta dengan bayaran yang mahal.

Menurut Muhammad Nadir Al-Nuri, perkhidmatan syarikat itu bukan rahsia bagi penduduk di Gaza, bahkan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar kosnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here