Ebit Lew minta maaf pada semua, minta hentikan perbalahan yang timbul

0
735
Ebit Lew

CYBERJAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew memohon maaf kepada semua pihak dan berharap isu yang timbul berhubung misi bantuan ke Gaza, Palestin ditamatkan.

Beliau berkata, niatnya semalam ketika membuat siaran langsung hanya untuk
menjelaskan segala tuduhan yang timbul dan bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya benar-benar maafkan dari hati semua yang memfitnah dan menjatuhkan saya.

“Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajal, babi, bodoh, penunggang dan lain-lain. Saya maafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah ayah saya, bidadari saya dan anak-anak saya. Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila.

“Saya dengan ini dari hujung rambut sampai hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja yang langsung atau tak langsung atas apa yang berlaku ini. Niat saya hanya nak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf ya pada semua,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Semalam Ebit membuat siaran langsung menerusi laman Instagram miliknya bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya terutamanya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Dalam pada itu, Ebit berkata, perselisihan yang berlaku itu tidak menguntungkan mana-mana pihak malah, keadaan tersebut menyebabkan syaitan tersenyum kegembiraan.

Sehubungan itu, Ebit meminta semua pihak supaya bersatu hati dan berdoa supaya Allah mengangkat musibah Covid-19 yang kini sedang melanda negara.

“Semoga Allah beri kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa virus ini sembuh. Berat keadaan negara kita semua.

“Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat.

“Bila dua orang berselisih keduanya tidak untung tapi yang untung ialah syaitan. Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya, cukuplah sampai di sini ya,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here