Ebit Liew rasmi Pusat Penilaian Covid-19 Titiwangsa, sumbang pelbagai kelengkapan

0
42
Ebit Liew berinteraksi dengan kakitangan kesihatan sempena perasmian Pusat Penilaian Titiwangsa hari ini.

CYBERJAYA – Ikon masyarakat Malaysia, Ebit Liew hari ini merasmikan Pusat Penilaian Covid 19 di Titiwangsa, Kuala Lumpur yang akan beroperasi sebagai pusat pemantauan sementara sebelum penempatan pesakit.

Ebit Liew dalam hantaran di Facebooknya berkata, beliau bersyukur kerana diberi peluang untuk menyediakan kelengkapan yang diperlukan di pusat berkenaan.

“Hari ini saya merasmikan Pusat Penilaian Covid 19 di Titiwangsa. Pusat penilaian dan tempat sementara menanti dihantar ke Maeps dan lain-lain.

“Saya bantu siapkan kelengkapan untuk mereka. Belikan canvas bed 100 unit, PPE 200 unit, laptop 3 unit, Tablet Tab A 10 unit, kipas 10 unit, kerusi plastik, meja plastik dan sarung tangan 50 kotak,” katanya hari ini.

Ebit Liew berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban kakitangan kesihatan dan juga sukarelawan yang berusaha gigih menentang Covid-19 di negara ini.

“Besarnya pengorbanan mereka. Setiap hari pakai baju PPE. Kerja yang setiap hari semakin berat. Ya Allah. Semoga Allah beri kekuatan pada semua Doktor, Nurse, MA, dan frontliner Negara,” katanya.

Ebit Liew membacakan doa sempena perasmian Pusat Penilaian Covid-19 Titiwangsa hari ini.

Jelas beliau, sejak meninggalkan tanahair untuk menjalankan misi kemanusian di Gaza, Palestin, beliau terpanggil untuk segera pulang bagi membantu rakyat negara ini.

“Syukur sangat. Berat melihat keadaan Malaysia dari hari masa dekat Palestin. Tak sabar nak buat sesuatu di Malaysia.

“Terima kasih Dr Nor Maizura dan team. Terharu dapat sijil penghargaan KKM dan Kek. Terima kasih. Ya Allah angkatlah covid 19 dari negara kami. Bantulah mereka yang memerlukan,” katanya yang baharu sahaja pulang daripada misi kemanusian di Gaza, Palestin.

Ebit Liew berinteraksi dengan kakitangan kesihatan sempena perasmian Pusat Penilaian Titiwangsa hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here