
BRUSSELS – Badan regulasi perubatan Eropah menemukan kaitan di antara penyebab keradangan jantung dan vaksin Covid-19 berasaskan mRNA.
Kata Reuters, jawatankuasa keselamatan Agensi Perubatan Eropah (EMA) pada masa yang sama turut menasihatkan supaya individu yang mempunyai sindrom kebocoran kapilari (CLS) supaya tidak mengambil vaksin keluaran Johnson & Johnson (J&J).
Kata EMA hari ini, pembuat vaksin Pfizer dan Moderna perlu menyenaraikan myocarditis dan pericarditis sebagai kesan sampingan yang mungkin terjadi sekiranya vaksin keluaran mereka diambil.
Kedua-dua komplikasi ini biasanya berlaku dalam masa 14 setelah divaksin, terutamanya selepas dos kedua diambil, dan lebih berlaku dalam kalangan lelaki muda.