EURO 2020: Dendam 17 tahun Denmark terhadap Czech terbalas

0
92
Denmark berjaya menewaskan Czech dalam perlawanan peringkat suku akhir sebentar tadi

BAKU – Dendam selama 17 tahun pasukan Denmark yang ditundukkan oleh Republik Czech dalam suku akhir kejohanan EURO 2004 terbalas apabila berjaya menumpaskan pasukan sama dan pada peringkat sama sebentar tadi.

Juara EURO 1992 itu tampil cemerlang dalam perlawanan peringkat suku akhir hari ini dengan menewaskan Republik Czech 2-1.

Gol-gol Denmark dijaringkan oleh Thomas Delaney pada minit kelima dan Kasper Dolberg pada minit ke-42.

Memasuki separuh masa kedua, Republik Czech cuba bangkit menerusi jaringan Patrik Schick pada minit ke-49.

Thomas Delaney melonjak tinggi untuk menanduk gol pertama Denmark

Bagaimanapun, hasrat Republik Czech untuk menyamakan keputusan gagal apabila kebangkitan yang diharapkan pada separuh masa kedua tidak menjadi.

Sebaliknya Denmark terus menunjukkan disiplin bertahan yang cemerlang dengan mengekang setiap asakan pemain Republik Czech terutamanya penyerang berbisa mereka, Schick.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here