Euro 2020: England tempah tiket bertemu Itali di final

0
177
Penjaga gol England, Jordan Pickford (jersi kuning) menumbuk keluar bola sepakan pemain Denmark dalam perlawanan sebentar tadi.

LONDON – England mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya layak ke perlawanan akhir Kejohanan Euro 2020 setelah berjaya menewaskan Denmark 2-1, sebentar tadi.

Pada perlawanan akhir di Stadium Wembley pada 12 Julai nanti, England akan bertemu Itali yang layak setelah menewaskan Sepanyol 4-2, semalam.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua kejohanan di Stadium Wembley sebentar tadi, Denmark terlebih dahulu di hadapan menerusi sepakan percuma Mikkel Damsgaard pada minit ke-30.

Untuk rekod, jaringan ini merupakan gol pertama yang dihasilkan menerusi sepakan bebas sepanjang kejohanan kali ini.

England kemudiannya memperoleh satu gol menerusi jaringan sendiri kapten Denmark, Simon Kjær pada minit ke-39.

Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan masa sebenar memaksa pemenang ditentukan pada waktu tambahan.

Namun, pada minit ke-104, England dihadiahkan satu sepakan penalti apabila pemain Denmark melakukan kekasaran ke atas Raheem Stirling di dalam kawasan gol.

Penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel pada mulanya berjaya menepis sepakan penalti yang diambil Harry Kane, namun dia gagal menampan sepakan susulan Kane membolehkan England menjaringkan gol kedua pasukannya.

Keputusan perlawanan kekal memihak kepada tuan rumah apabila wisel penamat ditiup pengadil, dengan England menang 2-1.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here