
LONDON – Perlawanan akhir Kejohanan Euro 2020 di antara Itali dengan England pada awal pagi Isnin (waktu Malaysia) nanti akan diadili oleh pengadil yang diberi jolokan ‘pengadil paling kaya di dunia’.
Menurut badan bola sepak Eropah,UEFA, Björn Kuipers dari Belanda akan mengadili perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadium Wembley itu nanti.

Menurut portal Daily Mail, Kuipers,48, merupakan pengasas rangkaian pasar raya Jumbo Kuipers di Belanda dan Belgium.
Pada tahun 2016, aset Kuipers dianggarkan bernilai sehingga £11.5 juta (RM67 juta).
Kuipers memulakan kariernya sebagai pengadil sejak tahun 2002, dan menjadi warga Belanda pertama yang akan mengadili perlawanan akhir kejohanan ini buat pertama kalinya.
Dalam perlawanan esok, Kuipers akan dibantu oleh Sander van Roekel dan Erwin Zeinstra, dengan Carlos Del Cerro Grande dari Sepanyol sebagai pembantu pengadil, dan Bastian Dankert dari Jerman sebagai pengendali video bantuan pengadil (VAR).