FA England didenda 30,000 euros

0
79

LONDON – Persatuan Bola Sepak England (FA England) hari ini didenda 30,000 euros (RM149,311.58) oleh badan bola sepak Eropah UEFA berikutan insiden pancaran laser ke muka penjaga gol lawan ketika perlawanan separuh akhir Kejohanan Euro 2020 pada Khamis lepas.

Tangkap layar perlawanan menunjukkan pancaran laser ditujukan pada muka penjaga gol Denmark.

Insiden yang turut terakam pada layar televisyen menunjukkan cahaya laser berwarna hijau dipancarkan oleh individu yang tidak dikenali ke muka penjaga gol Denmark, Kasper Schemichel ketika kapten England, Harry Kane bersedia untuk mengambil sepakan penalti yang kemudiannya berjaya disempurnakan.

Perlawanan berkesudahan 2-1 dengan England layak ke perlawanan akhir.

UEFA turut mendenda FA England kerana tindakan penyokong yang tidak menghormati lagu kebangsaan Denmark dan letupan mercun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here