
JAKARTA – Keputusan Indonesia melonggarkan sekatan berkaitan Covid-19 adalah kerana tekanan ekonomi dan sosial dan bukannya berasaskan faktor penularan wabak.
The Guardian melaporkan, semalam, Presiden Indonesia, Joko Widodo telah mengumumkan pelanjutan tempoh darurat kesihatan selama satu minggu lagi, dengan beberapa syarat dilonggarkan.
Antara kelonggaran yang diberikan termasuk pembukaan kembali premis perniagaan seperti salon, pasar dan kedai makan, dan pasar raya di luar kawasan merah dibenarkan kembali beroperasi dengan 25 peratus kapasiti.
“Berbanding tahun lepas, impak pandemik ini mula memberi kesan besar terhadap sosio-ekonomi dan situasi politik tempatan.
” Adakah tindakan ini wajar? Berdasarkan situasi penularan pandemik, tidak. Namun, kerajaan tidak ada pilihan lain, ” kata seorang pakar epidemilogi Universiti Griffith di Queensland, Dicky Budiman.
Indonesia melaporkan jumlah jangkitan baharu sedikit menurun, namun pada pertengahan Julai lepas, merekodkan angka harian tertinggi melebihi 56,000 kes.