Farah Ann sebak gagal ke pusingan akhir acara gimnastik

0
401
Farah Ann

TOKYO – Ratu gimnastik negara, Farah Ann Hadi melahirkan rasa sebak selepas gagal untuk melangkah ke pusingan akhir acara ke pusingan akhir all-around individu wanita sebentar tadi.

Dalam pusingan kelayakan yang berlangsung hari ini, Farah Ann, 27, hanya berada di tangga ke-53 daripada 85 peserta selepas mengumpul l 48.565 mata ke­seluruhan di Pusat Gimnastik Ariake itu.

Biarpun gagal memahat sejarah mara ke pusingan akhir all-around individu wanita, ratu gimnastik negara itu gembira dengan prestasi yang ditunjukkan dalam penampilan sulung di Sukan Olimpik.

“Saya sudah beri segalanya tapi tidak berjaya. Saya cuba ‘move on’ dan buat yang terbaik dalam kejohanan akan datang,” kata Farah Ann dalam nada sebak.

Selepas mengharungi empat aparatus, Farah me­ngumpul 48.565 mata ke­seluruhan di Pusat Gimnastik Ariake itu.

Dia yang memulakan aksi dengan disiplin palang ber­tingkat mengutip 11.600 mata sebelum meraih 11.566 untuk batang titian.

Aksi Farah dalam senaman lantai pula menyaksikan dia mengutip 12.333, sebelum mendapat mata tertinggi dalam melombol yang juga aparatus terakhirnya dengan catatan 13.166 mata.

Gimnas Amerika Syarikat (AS), Simone Biles terus mencuri tumpuan apabila menduduki tangga teratas diikuti rakan senegaranya Sunisa Lee selepas mengumpul 57.731 mata dan 57.166 mata.

Atlet Rusia, Angelina ­Melnikova menduduki tangga ketiga dengan kutipan mata 57.132.

Hanya 24 gimnas terbaik layak bertanding dalam final, Rabu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here