Firdaus Wong berikan sokongan kepada Caprice

0
4573

hantaran Firdaus Wong di laman Facebooknya

CYBERJAYA – Pendakwah Cina Muslim, Firdaus Wong Wai Hung nampaknya menyatakan sokongan terhadap Caprice dalam isu membabitkan penyanyi rap dan usahawan itu dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Firdaus menerusi hantaran di laman Facebooknya semalam berkata, beliau tahu Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, tabah menghadapi reaksi orang ramai susulan kenyataan yang dibuat.

“Insya-Allah saya dengan anda. Amar makruf nahi mungkar. Di dunia kita boleh berlakon tetapi bila jumpa Munkar dan Nakir, lakonan kita di dunia yang mempersonakan dan memperdayakan manusia akan menjadi penyesalan,” katanya.

Firdaus turut memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan hantaran di laman Instagram dan Insta Story Caprice yang mendakwa mahu membongkar apa yang berlaku ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin yang dilaksanakan oleh seorang pendakwah terkenal baru-baru ini.

Dalam hantaran berbeza, Firdaus turut menegaskan dirinya serta pertubuhan bukan kerajaan yang betul tetap betul dan salah tetap salah tanpa mengira sesiapa.

“Prinsip kami, yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah tanpa mengira siapa pun mereka.Itu prinsip saya dan MRM, orang tak suka kita tak mengapa. Yang penting keredhaan Allah bukan manusia.

“Adakala terpaksa melawan arus dan tokoh popular demi prinsip amar makruf nahi mungkar. La La Hawla Wala Quwata illah billah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here