Sidai baju putih, tak sampai sejam dapat bantuan NGO

0
319
Baju putih yang digantung oleh keluarga di Pasir Tumbuh, Kelantan sebelum menerima bantuan daripada pihak NGO- Foto AWANI.

KOTA BHARU – Hanya selepas sejam menggantung sehelai baju t-shirt putih di ampaian rumah, sebuah keluarga di Kampung Pasar Lama, Pasir Tumbuh di sini dihubungi wakil badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan bantuan.

Begitulah keprihatinan rakyat negara ini terhadap kegetiran hidup dilalui oleh masyarakat dalam tempoh pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Namun bagi Nora Maslina Nazir, 45, tindakan menggantung baju putih itu tidak lebih sekadar rutin harian ahli keluarganya dan bukan sebagai tanda ‘bendera putih’ untuk mendapatkan bantuan.

Namun bantuan yang tiba daripada wakil NGO ‘tepat pada masanya’ kerana suri rumah yang tinggal bersama suaminya, Suhaimi Idris, 51, bersama 11 ahli keluarga lain sedang dalam kesuntukan bekalan makanan.

Nora Maslina berkata, bekalan makanan mula berkurangan sejak beberapa hari lalu selepas suaminya tidak lagi dipanggil bekerja sebagai buruh binaan sejak sebelum Ramadan tahun ini.

“Dalam dua bulan lebih sebelum puasa lagi suami saya tidak dipanggil bekerja.

“Saya ada terima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 tetapi tidak mencukupi,” katanya memetik laporan Astro Awani, hari ini.

Kempen mengibar bendera putih menjadi topik hangat di media sosial sejak beberapa hari lalu yang digerakkan oleh nitizen sebagai tanda seseorang itu memerlukan bantuan.

Nora Maslina mempunyai sembilan anak berusia dari 2 hingga 16 tahun selain turut menjaga dua anak yatim piatu berusia 16 dan 21 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here