Gara-gara individu pulang lawat ibu, satu kampung kena ‘swab’

0
627
Penduduk kampung Teluk Menara menjalani ujian saringan Covid-19 selepas penularan akibat rentas negeri.

KUALA TERENGGANU – Tindakan individu merentas negeri untuk pulang melawat keluarga mengundang padah apabila 44 orang disahkan positif Covid-19 di Kampung Teluk Menara, Manir, dekat sini.

Ekoran penularan dan kewujudan kluster baharu sejak Jumaat lalu itu, lebih 1,200 orang terpaksa menjalani ujian saringan yang diadakan selama dua hari di masjid kampung berkenaan bermula semalam.

Berikutan itu juga, kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan Diperketatkan (PKPD) di kampung berkenaan bermula hari ini sehingga 9 Ogos 2021.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat oleh Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, kerajaan bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti terbabit,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Setiausaha Masjid Kampung Teluk Menara, Roslan Mat berkata,
beliau bersyukur kerana penduduk kampung memberi kerjasama baik dengan tampil secara sukarela tanpa dikerah pihak berkuasa seperti yang berlaku di beberapa penempatan lain sebelum ini.

“Seramai 600 orang telah selesai menjalani ujian saringan pada hari pertama manakala baki akan disambung pada hari kedua,”katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here