Gas bocor: Seorang petugas kesihatan maut, tiga yang lain pengsan

0
604
Pasukan bomba dan HAZMAT memeriksa ambulans yang membawa petugas kesihatan dan tiga lelaki lain

PORT DICKSON – Seorang petugas kesihatan Klinik Kesihatan Bukit Pelandok di sini meninggal dunia manakala tiga lelaki didapati pengsan di dalam ambulans yang tiba di Hospital Port Dickson, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokthar berkata, mangsa yang meninggal dunia merupakan lelaki berusia 29 tahun manakala tiga lelaki yang tidak sedarkan diri berusia 30-an.

Menurut beliau, bomba pada awalnya menerima maklumat berlaku kebocoran gas di Klinik Kesihatan berkenaan pada pukul 9.30 pagi.

“Seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan HAZMAT telah ke lokasi untuk membuat pemeriksaan di premis namun mendapati tiada berlaku sebarang kebocoran.

“Pihak Klinik Kesihatan memaklumkan seorang petugas klinik itu rebah tiba-tiba selepas mengadu sakit dada sebelum tiga petugas lain membawa mangsa ke hospital menggunakan sebuah ambulans,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Bagaimanpun katanya, sebaik tiba di hospital mangsa dan tiga petugas yang duduk di belakang ambulans didapati tidak sedarkan diri.

Ujarnya, pihak hospital yang membuat pemeriksaan mengesahakan yang mangsa meninggal dunia manakala tiga lagi diberi rawatan lanjut.

Sementara itu Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Mohammad Idris berkata, punca kejadian masih dalam siasatan namun pihaknya tidak menolak kemungkinan berpunca daripada kebocoran gas di dalam ambulans.

“Kejadian sama turut berlaku semalam (Rabu) apabila seorang petugas kesihatan yang menaiki ambulans sama didapati pengsan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here