Hanya 6 jenis vaksin didaftarkan oleh PKBD

0
87
Vaksin AstraZeneca diberikan kepada penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya.

KUALA LUMPUR – sehingga 19 Julai lalu, sebanyak enam jenis vaksin Covid-19 telah didaftarkan secara bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, vaksin berkenaan ialah Pfizer, Astra Zeneca, Sinovac, CanSino, Sinopharm dan Johnson & Johnson. 

Beliau berkata, KKM bertanggungjawab untuk membuat perolehan vaksin yang mencukupi bagi mencapai imuniti kelompok menjelang penghujung tahun 2021. 

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid- 19 (JKJAV) telah membuat perolehan bagi mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi untuk populasi Malaysia. 

“Sehingga kini, sebanyak 79.9 juta dos vaksin telah ditempah oleh KKM daripada beberapa pengeluar dan pengilang vaksin Covid-19, melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM3.9 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan pada hari kedua Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here