Harapan pingat dalam acara memanah musnah, Khairul Anuar tewas

0
219
Khairul Anuar

TOKYO – Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad gagal melangkah ke peringkat suku akhir selepas tewas kepada pemanah dari Korea Selatan, Kim Woojin sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut pemanah Korea yang berada di kedudukan kelima dunia mencatatkan panahan luar biasa apabila memanah di mata 10 untuk ketiga-tiga set dan menamatkan perlawanan dengan keputusan 6-0.

Pada set pertama Khairul Anuar tewas dengan keputusan 27-30.

Memasuki set kedua Khairul Anuar cuba bangkit semula namun gagal selepas Woojin mempamerkan panahan hebat dengan mengumpul mata maksimum.

Di set ketiga pemanah Korea Selatan itu terus mempamerkan aksi yang konsisten dengan langsung tidak memanah di luar mata 10.

Kekalahan itu sekali gus menutup peluang Khairul Anuar untuk ke peringkat seterusnya dan gagal mengulangi pencapaian di peringkat suku akhir dalam temasya Olimpik di Rio.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here