Hospital Bukit Mertajam ditukar status sebagai Hospital Hibrid Covid-19

0
98
Ruang dalam Hospital Bukit Mertajam yang diubah suai untuk menampung pesakit Covid-19

CYBERJAYA – Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang akan ditukar status sebagai Hospital Hibrid Covid-19 berikutan pertambahan kes Covid-19 di negeri itu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 72 katil dengan kemudahan oksigen akan diletakkan di hospital tersebut.

“Selepas tiga hari perancangan dan tiga hari persiapan, hospital ini telah sedia untuk mengambil pesakit pertama Covid-19 esok pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, jika keadaan memerlukan, hospital berkenaan mampu menambah lebih banyak katil sehingga 120 katil.

Pada masa sama, katanya, hospital berkenaan juga akan mengambil pesakit Covid-19 yang sedang menjalani rawatan hemodolisis.

Ruang dalam Hospital Bukit Mertajam yang diubah suai untuk menampung pesakit Covid-19

Dalam pada itu, katanya, bagi perkhidmatan pakar di hospital tersebut seperti pembedahan, O&G dan pediatrik akan berjalan seperti biasa dengan pengurangan jumlah kes rawatan.

Sementara itu, katanya, bagi pesakit bukan Covid-19 yang lain, mereka akan dirujuk ke Hospital Kluster Seberang Perai.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here