Hospital Indonesia berdepan krisis bekalan oksigen

0
48
GAMBAR HIASAN

JAKARTA – Kerajaan Indonesia mengarahkan pengeluar gas oksigen supaya menumpukan pengeluaran bagi sektor kesihatan berikutan kekurangan bekalan yang semakin meruncing.

Menurut Reuters, laporan dari Hospital Sardjito di Kepulauan Jawa menyebut, 63 pesakit telah meninggal dunia akibat kekurangan bekalan oksigen semalam dan awal hari ini.

Bagaimanapun, jurucakap hospital itu tidak dapat mengesahkan sama ada kesemua pesakit yang meninggal dunia adalah pesakit Covid-19 atau tidak.

Buat masa ini, situasi bekalan itu dapat diselesaikan apabila bekalan oksigen baharu diterima pagi tadi.

“Oleh kerana itu kami telah mengarahkan para pengeluar untuk menggiatkan pengeluaran bagi kegunaan perubatan.

“Kami juga berharap supaya orang ramai tidak menyorokkan bekalan (gas oksigen),” kata jurrucakap Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here