Hotel Istana akhirnya umum penamatan operasi

0
1090
Hotel Istana

KUALA LUMPUR – Hotel bertaraf lima bintang di ibu negara iaitu Hotel Istana mengumumkan bahawa pihaknya akan menamatkan operasi pada September ini.


Berdasarkan sepucuk surat bertarikh 30 Jun 2021 yang ditandatangani pengurus besar hotel Noorazzudin Omar, pihak pengurusan tiada pilihan selain menutup operasi hotel yang berusia 29 tahun itu.

Menurut laporan Astro Awani, surat itu menyatakan bahawa pihak pengurusan Hotel Istana akan menawarkan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada para pekerja.

“Kami sudah capai keputusan selepas mempertimbangkan keadaan semasa dan semua pilihan yang ada.

“Dengan rasa dukacita kami ingin memaklumkan keputusan untuk menutup operasi kami dijangka pada 1 September 2021,” katanya.

Selain itu, beliau menambah hotel berkenaan masih tidak mampu menanggung kerugian operasi bulanan walaupun digunakan sebagai pusat kuarantin bagi pengurusan wabak Covid-19.

Keadaan tersebut, katanya, telah memberi kesan kepada perniagaan, keuntungan dan bilangan pelanggan yang menghuni hotel tersebut.

 “Di sini juga, kami inginkan memaklumkan, pihak hotel akan menawarkan kepada pekerja-pekerja skim VSS.

“Pihak sumber manusia akan menghubungi anda dalam masa terdekat,” katanya.

Hotel 23 tingkat dan 486 bilik yang siap dibina pada 1992 itu dimiliki Tradewinds Corp Berhad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here