Ibadah Umrah dibuka kepada jemaah luar negara bermula 10 Ogos

0
46
Pemandangan dari udara suasana Masjidilharam pada waktu malam.

ARAB SAUDI- Berita gembira buat umat Islam seluruh dunia apabila ibadah Umrah dibuka semula kepada jemaah dari luar negara bermula 10 Ogos depan.

Menurut laporan portal Gulf News, langkah berkenaan diambil susulan kelancaran musim haji tahun ini yang selesai dengan jayanya.

Ibadah umrah bagi rakyat Arab Saudi dan ekspatriat di negara berkenaan sudah dibuka semula bermula semalam.

Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman Al-Sudais berkata, semua ahli gabungan kompeten diarahkan untuk memuktamadkan persediaan untuk menerima jemaah meliputi umrah di Masjidil Haram, Tanah Suci Mekah.

Petugas pada masa sama diminta untuk berusaha sedaya upaya dan memastikan pelaksanaan langkah pencagahan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Madinah sama selaras seperti yang dikuat kuasakan pada musim Haji, minggu lalu.

Awal bulan ini, Kementerian Haji dan Umrah menggantung sementara permohonan untuk menunaikan solat dan ibadah umrah di Masjidil Haram.

Dalam perkembangan lain, penerbangan langsung dibenarkan daripada semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here