Ibu Pejabat PLUS jadi PPV

0
13

CYBERJAYA – Ibu Pejabat PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan berfungsi sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bersepadu dengan kapasiti suntikan vaksin kepada kira-kira 2,000 orang sehari.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata, usaha itu adalah hasil kerjasama rakan penasihat perubatan, Primer Cherang bersama Protech Health, pelaksana pengamal perubatan swasta dan penyertaan agensi penjagaan kesihatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Katanya, Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) memilih ibu pejabat Persada PLUS sebagai satu daripada 14 venue imunisasi awam bagi mempercepatkan pemberian vaksin menerusi Kapasiti Lonjakan Operasi dalam usaha memastikan semua orang dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos dan membantu melandaikan lengkuk jangkitan.

Azman berkata, PLUS bangga dapat memainkan peranan dalam membantu negara menyegerakan usaha meningkatkan jumlah imunisasi penduduk.

“Lebih pantas kita capai sasaran untuk membolehkan kita masuk ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), lebih cepat ekonomi dapat diperbaiki, perniagaan boleh pulih,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

PLUS berkata, pihaknya akan akan menghimpunkan sukarelawan yang terdiri daripada 150 petugas kesihatan dari Primer Cherang dan ProtectHealth, dalam usaha membantu mevaksin seramai mungkin rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pusat pemberian vaksin Persada PLUS, orang ramai boleh melawat laman web www.plus.com.my dan laman media sosial PLUS Malaysia menerusi Facebook, Instagram, Twitterdan LinkedIn.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here