ICFL bantu keluarga terkesan akibat pandemik Covid-19

0
504
Penaung ICFL, Tunku Nur Muhammad Tunku Adnan (dua dari kanan) menyerahkan kotak makanan ICFL Prihatin kepada penerima, Khairuddin Mohamed Nor sambil disaksikan Presiden ICFL, Datuk Kamil Mohktar (kanan).

SUBANG JAYA – Kelab bola sepak Inter Club Football League (ICFL) membantu 32 keluarga yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Penaung ICFL, Tunku Nur Muhammad Tunku Adnan berkata, keluarga yang dibantu itu terdiri daripada keluarga-keluarga pemain dan kelab yang bernaung di bawah ICFL.

Tunku Nur Muhamad berkata, 32 keluarga itu hari ini menerima bantuan berupa pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak, susu dan banyak lagi.

Penaung ICFL, Tunku Nur Muhammad Tunku Adnan

“Menyedari pandemik Covid-19 yang melanda memberi kesan kepada pelbagai lapisan masyarakat, ICFL tidak terkecuali untuk tampil membantu mereka yang memerlukan.

“Golongan sasar yang dibantu oleh ICFL kali ini ialah keluarga-keluarga para pemain bola sepak bawah umur 14 tahun di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga-keluarga terjejas di ibu pejabat ICFL di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis penyerahan itu ialah Presiden ICFL, Datuk Kamil Mokhtar dan Timbalan Presiden ICFL, Datuk Seri Mohd Rossahizam Mat Sakin.

Sementara itu, Kamil ketika ditemui berkata, sumbangan itu merupakan inisiatif ICFL sendiri yang terpanggil untuk membantu golongan memerlukan.

“Bantuan ini sebenarnya tidak terhad kepada keluarga pemain sahaja kerana kami turut memberikan sumbangan kepada keluarga lain yang berdepan kesulitan.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan sekali gus memberikan kecerian kepada mereka untuk hari yang mendatang,” katanya.

Dalam pada itu katanya, ICFL turut mempelawa mana-mana individu, badan korporat atau NGO untuk bekerjasama dalam menyampaikan segala bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Pada kali ini kami di peringkat ICFL hanya dapat menyampaikan bantuan berupa bakul makanan dan tidak mustahil selepas ini dapat ditambah baik lagi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here