India catat kes baharu tertinggi dalam tiga minggu

0
105
Petugas kesihatan di India turut giat menjalankan ujian palitan terhadap penduduk kawasan pedalaman.

NEW DELHI – Sebanyak 44,230 kes baharu Covid-19 dilaporkan di India, angka harian tertinggi dilaporkan dalam masa tiga minggu ini.

Pertambahan ini menjadikan jumlah kes yang dilaporkan di negara itu kepada 31.57 juta, dengan angka kematian naik 555 kes kepada 423,217, kata Kementerian Kesihatan, hari ini.

India yang teruk dibadai dengan penularan varian Delta pada April hingga Mei lalu, dijangka berdepan dengan gelombang ketiga jangkitan pada Oktober.

Nilai R yang merujuk kepada kadar jangkitan di negara itu ketika ini sudah mencecah 1.0, dengan kali terakhir nilai itu dicapai pada Mei lalu yang menyaksikan pertambahan sehingga 400,000 kes sehari.

Kata Reuters, data kerajaan menganggarkan, 67.6 peratus daripada populasi negara dengan 1.35 bilion penduduk itu, sudah mempunyai antibodi.

Buat masa ini, kira-kira 38 peratus daripada populasi dewasa berjumlah 944 juta sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here