Insiden banjir lumpur: Pasukan penyelamat giatkan usaha mencari mangsa hilang

0
113

TOKYO – Pasukan penyelamat kini sedang bergelut dengan masa dalam operasi mencari mangsa yang hilang akibat banjir lumpur di daerah Atami, dua hari lepas.

Menurut Reuters, setakat ini 3 individu dilaporkan maut manakala 80 lagi dikategorikan sebagai hilang.

“Kami mahu menyelamatkan seberapa ramai mangsa yang boleh,” kata Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga.

Pihak kerajaan telah mengerah anggota tambahan ke lokasi pencarian, dan tidak menolak angka tersebut akan ditambah lagi sekiranya diperlukan.

Buat masa ini, anggota penyelamat seramai 1,500 orang yang terdiri daripada anggota polis, bomba dan tentera sedang meneruskan pencarian mangsa-mangsa lain.

Kira-kira 130 bangunan turut terjejas dalam insiden pada pagi Sabtu itu apabila banjir lumpur melanda wilayah yang terkenal dengan kolam air panas itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here