Israel: Keberkesanan vaksin Pfizer turun ke 64 peratus

0
195

TEL AVIV – Israel melaporkan keberkesanan vaksin Pfizer sedikit menurun dalam menghalang jangkitan baharu Covid-19 dan keadaan bergejala.

Menurut Reuters, laporan oleh Kementerian Kesihatan Israel itu menjelaskan, kadar keberkesanan itu jatuh hingga ke 64 peratus sejak 6 Jun lalu.

Bagaimanapun, laporan yang sama mendedahkan, vaksin itu mampu sehingga 93 peratus menghalang gejala teruk dan hospitalisasi.

Penurunan keberkesanan itu berlaku serentak pada ketika negara itu mula dilanda penularan varian Delta dan penamatan sekatan sosial.

Ketika ini, sebanyak 60 peratus daripada 9.3 juta rakyat Israel sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Pfizer.

Kempen pemberian vaksin itu dianggap berjaya kerana berjaya menurunkan kadar harian kes baharu daripada lingkungan 10,000 kes sehari pada Januari, kepada hanya satu digit sahaja pada bulan Jun.

Namun, angka kes baharu kembali meningkat dengan konstan baru-baru ini, dengan pada Ahad lepas, sebanyak 343 kes baharu dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here