
GAZA – Rejim Israel hari ini membedil kawasan kumpulan pejuang Islam di sini, menerusi serangan udara sebagai tindak balas susulan pelepasan belon api dari wilayah Palestin.
Sumber keselamatan Hamas berkata, serangan itu menyasarkan kawasan latihannya namun tiada kecederaan dilaporkan.
Serangan terbaharu itu menjadikan ia pergolakan terbaru sejak gencatan senjata bagi mengakhiri konflik pada Mei lalu.
Dalam pada itu, menurut kenyataan daripada tentera Israel, serangan itu sebagai tindak balas terhadap belom api ke wilayah Israel hari ini.
Sehubungan itu, jet pejuang tentera telah menyerang sebuah kawasan yang dipercayai tapak penghasilan senjata milik organisasi Hamas.
Semalam, perkhidmatan bomba Israel berkata, balon api yang dilancarkan dari Gaza mencetuskan kebakaran kecil di wilayah selatan Eshkol, dekat sempadan Gaza.
Dalam satu kenyataan, bomba berkata, kebakaran yang berlaku kecil dan tidak berbahaya serta ia dipadamkan dengan cepat.
“Penyiasat kebakaran punca kebakaran disebabkan belon api (dari Gaza),” kata perkhidmatan bomba Israel.