Israel mulakan program pemberian dos ketiga vaksin

0
68
Mulai hari ini, individu berumur 60 tahun ke atas di Israel yang telah menerima dos lengkap, boleh mula menerima dos ketiga vaksin Pfizer.

TEL AVIV – Israel menjadi negara pertama di dunia yang menawarkan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 bagi rakyatnya.

Menurut The Guardian, buat masa ini, tawaran itu terbuka bagi individu berumur 60 tahun ke atas yang telah lengkap menerima dua dos vaksin keluaran Pfizer, sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet, langkah itu diambil ketika Israel sedang menghadapi pertambahan kes baharu yang meningkat dari hari ke hari.

“Realiti menunjukkan vaksin adalah selamat, dan realiti juga menunjukkan ia mampu melindungi penerimanya daripada jangkitan serius,” kata Bennet dalam televisyen Israel, malam tadi.

Beliau menambah, pemberian dos ketiga ini menyamai pemberian suntikan anti-flu yang yang perlu diperbaharui dari masa ke semasa.

Walaupun pemberian dos ketiga vaksin belum diluluskan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS), Israel meneruskan juga pemberian berdasarkan dapatan yang dilakukan oleh saintis tempatan.

Kata Bennet, program pemberian itu diteruskan kerana para pakar mendapati, kadar perlindungan vaksin semakin menurun selari dengan pertambahan masa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here