Isteri Misbun Sidek meninggal dunia

0
1873

CYBERJAYA – Isteri bintang lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Berita duka pemergian Datin Latifah Sidek itu dimaklumkan menerusi satu ciapan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sekitar pukul 9 malam tadi.

“Dukacitanya dimaklumkan Yang Berbahagia Datin Latifah, isteri kepada Datuk Misbun Sidek telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Sama sama kita panjatkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga ditempatkan bersama mereka yang disayanginya jua. Takziah buat Datuk Misbun dan keluarga. Al-Fatihah,” kata ciapan tersebut.

Difahamkan, sebelum ini, Latifah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here