Isu Caprice dan Ustaz Ebit Lew: Berdamai sebaik mungkin dan berlapang dada

0
718
Ustaz Ebit Lew dan Caprice

KUALA LUMPUR – Berdamai sebaik mungkin dan berlapang dada, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Itu antara kata-kata Zulkifli ketika diminta mengulas mengenai perselisihan faham antara penyanyi dan usahawan, Caprice dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Bagaimanapun, Zulkifli tidak mengulas panjang mengenai perselisihan antara kedua-dua individu terbabit dan hanya mahu mereka berdamai dan masing-masing berlapang dada.

“Saya tiada komen sebab, saya belum meneliti apa-apa, itu hal peribadi, keduanya sahabat saya, pernah datang bertemu.Hal seperti ini seeloknya damaikanlah sebaik mungkin, berlapang dada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Sumbangan Dana Perlu dan Dana Pelajar Yayasan Wakaf Malaysia (YKM) di Taman Mantau Indah di sini hari ini.

Sebelum ini, Caprice mendedahkan bahawa beliau menerima rungutan daripada penduduk Gaza tentang cara pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan di negara tersebut baru-baru ini.

Semalam, Caprice turut memaklumkan bahawa Ustaz Ebit telah menyekat beliau di laman Instagram selepas isu berkenaan didedahkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here