Itali bakal kenakan sekatan pada rakyatnya yang tidak divaksin

0
54

TURIN – Itali bakal mengikut jejak langkah Perancis mengenakan beberapa sekatan terhadap individu yang tidak menerima vaksin Covid-19.

Menurut The Guardian, antara sekatan yang yang bakal dikenakan termasuk larangan makan secara terbuka di restoren, dan larangan memasuki stadium, muzium, panggung wayang, dan gimnasium.

Individu yang tidak mempunyai ‘pas hijau’ akan turut dilarang daripada menggunakan pengangkutan awam seperti kereta api dan kapal terbang apabila melakukan perjalanan dalam negara.

Larangan itu dijangka akan mula dikenakan mulai 26 Julai depan.

Buat masa ini, angka hospitalisasi dan kematian jatuh mendadak di Itali berikutan program vaksinasi yang giat dijalankan, namun, kebelakangan ini, angka kes baharu sedikit menaik berikutan penularan varian Delta.

Setakat semalam, kira-kira 50 peratus populasi berumur di atas 12 tahun telah menerima vaksin penuh 2 dos.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here