
CYBERJAYA – Ibarat malu bertanya sesat jalan. Itulah yang cuba digambarkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam Sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia yang disiarkan secara langsung hari ini.
Beliau berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang datang ke Palestin untuk memberi bantuan perlu bersama-sama dengan NGO yang sudah lama bertapak dan berpengalaman di bumi itu bagi memudahkan urusan dan penerimaan rakyat Palestin.
“Sebaiknya kita perlu dengar nasihat orang yang sudah berpengalaman atau sekurang-kurangnya mendapatkan pandangan kerana di sini tidak sama macam tempat kita.
“Kerja NGO ini adalah untuk akhirat kita. Kita bekerja di tempat yang berlaku konflik (Gaza). Oleh itu kita mahu beri bantuan secara paling efektif,” katanya.
Nadir berkata, perkara itu penting kerana untuk memberi bantuan kepada penduduk-penduduk Gaza, wakil NGO perlu memberi keutamaan kepada penduduknya atau dalam kata lain perlu memahami konsep ‘Customer First‘.
Katanya, kegagalan memahami budaya setempat akan menyebabkan berlaku banyak masalah atau pergerakan misi bantuan menjadi canggung.
Beliau berkata, contoh terbaik cadangan daripada gabungan NGO di Malaysia yang ‘bercanggah’ dengan budaya setempat adalah untuk membina rumah anak yatim di Gaza dengan dana tersedia sejumlah RM500,000 yang kemudian ditolaknya.
“Ramai yang tidak faham adat setempat. Ia perkara paling asas bila kita keluar dari tempat sendiri, kena faham dan hormat budaya setempat.
“Di Gaza ini tidak ada keperluan untuk membina rumah anak yatim walaupun ada 20,000 lebih anak yatim. Kerana anak-anak ini dijaga oleh keluarga baharu.
“Bagi masyarakat di sini, menyerahkan anak-anak yang ibu bapa mereka syahid ke rumah anak yatim adalah sesuatu yang mengaibkan,” katanya yang mengaku turut membesar anak-anak yatim di Gaza.
Mengulas mengenai penjelasan Ebit Liew yang mendakwa mendapat perkhidmatan lebih murah untuk memasuki Gaza dengan menggunakan