
CYBERJAYA – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan diraikan oleh umat Islam esok, Warung Chatok yang terletak di Neo Cyber di sini menyediakan pelbagai menu hidangan lauk raya pada harga serendah RM5 sebungkus.
Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari berkata, semua hidangan wajib di hari raya iaitu rendang, lemang, nasi impit, nasi minyak, kuah kacang, acar jelatah, sup soto dan kuah lodeh ada dijual.
“Kita akan mula beroperasi esok pada pukul 8 pagi hingga 8 malam.
“Kepada semua yang tinggal berhampiran Cyberjaya dan kawasan sekitar, marilah datang ke Warung Chatok yang terletak di Neo Cyber di sini untuk menikmati hidangan lauk raya. Tiada menu ini tak lengkap raya kita semua,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Menurut Abdul Aziz lagi, untuk masakan rendang, pihaknya menyediakan tiga jenis rendang iaitu ayam, daging dan kambing.
Katanya, pelanggan yang berhasrat untuk datang ke restoran tersebut boleh klik di pautan, https://goo.gl/maps/7FxUtujhJgLg1qKC8.-MT