Jardin Pharma cari pelabur kembangkan perniagaan

0
801

CYBERJAYA – Syarikat produk kecantikan milik bumiputera, Mary Jardin akan melebarkan lagi sayap perniagaannya dengan mewujudkan sebuah syarikat farmasi berkonsepkan patuh syariah pertama yang dikenali sebagai Jardin Pharma.

Menurut Pengasas Mary Jardin, Dr. Maryam Aziz, sehubungan itu pihaknya kini sedang mencari pelabur atau co-founder yang berminat untuk bersama-sama melabur dalam syarikat itu.

“Malam ini (Khamis), kita akan mengadakan pertemuan untuk membuka peluang perniagaan kepada usahawan yang berminat untuk menjadi pelabur dalam Jardin Pharma.

“Mereka yang berminat boleh menghubungi di talian 010-8423406 menerusi aplikasi WhatsApp dan kami akan menghantar pautan untuk menyertai pertemuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi Malakat Talk bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim menerusi Live Facebook sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Dr. Maryam berkata, beliau telah terlibat dalam industri kesihatan dan kecantikan sejak lima tahun lalu selepas memperkenalkan produk kecantikan berasaskan bahan semula jadi di bawah jenama Mary Jardin.

Dr Maryam berkata, rentetan daripada kejayaan produk itu di pasaran tempatan, tercetusnya pula idea untuk membangunkan sebuah syarikat eco-farmaseutikal pertama milik Muslim.

Katanya, idea itu timbul selepas melihat industri tersebut dikuasai sepenuhnya oleh syarikat asing manakala umat Islam hanya mampu menjadi pengguna sahaja.

Sementara itu, Mohd Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, program yang ditawarkan oleh Jardin Pharma sangat bagus terutamanya dalam membantu usahawan Muslim memasuki sektor perniagaan yang jarang diceburi.

Malah, Coach Fadzil berkata, menerusi sokongan semua, beliau yakin syarikat itu mampu berkembang sehingga menjadi salah sebuah syarikat farmasi halal terulung di dunia.

Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam secara beramai-ramai menunjukkan sokongan dan menyatukan kekuatan ummah dengan mengambil peluang menjadi pelabur dalam Jardin Pharma. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here