Jeff Bezos selamat mendarat dari angkasa lepas

0
148
Jeff Bezos (dua dari kiri) bersama Mark Bezos (kiri), Wally Funk dan Oliver Daemen yang menyertai penerbangan ke angkasa lepas menaiki roket New Spehard semalam.

TEXAS – Manusia terkaya di dunia, Jeff Bezos semalam berjaya dalam penerbangan ke angkasa lepas dengan menaiki roket miliknya, New Spehard dan mendarat di kawasan gurun di Pergunungan Guadalupe, Barat Texas.

Penerbangan selama 8 minit menaiki pesawat milik syarikat diasaskannya iaitu Blue Origin itu disifatkan Jeff, 57, sebagai pengalaman paling indah sepanjang hidupnya.

Pengalaman merasai micro-gravity disifatkan beliau sebagai sesuatu yang ‘agak’ normal dan beliau tidak sabar untuk melakukannya berulang kali dalam penerbangan akan datang.

Pengasas Amazon itu ditemani Mark Bezos dan Wally Funk yang merupakan pakar dalam penerbangan ke angkasa dan Oliver Daemen, remaja Belanda berumur 18 tahun.

Daemen mendapat tempat dalam penerbangan itu selepas bapanya menang dalam lelongan tempat duduk di kapsul berkenaan.

Pesawat angkasa itu mendapat dengan selamat menggunakan penggalak khas yang berfungsi sebagai payung terjun untuk memperlahankan impak pendaratan.

Penerbangan yang dianggap sebagai perlumbaan ke angkasa oleh manusia-manusia terkaya dunia ketika ini menerima kritikan daripada masyarakat di Amerika Syarikat ketika ini yang dianggap sebagai satu pembaziran.

Jeff Bezos bagaimanaapun berkata, penerbangan itu mempunyai misi dan kepentingan kepada pemuliharaan alam sekitar.

“Kita semua perlu menghentikan perindustrian berat yang mencemar dunia dan angkasa, selepas melihat sendiri kehebatan bumu, ia perlu dikekalkan sebagai sebuah planet yang indah,” katanya.

Rakaman pendaratan roket New Spehard di Barat Texas, AS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here