Jom kita sama-sama bantu mereka yang memerlukan!

0
44
Mohd. Fadzil ketika melancarkan Gerakan NoRiba di Malakat Mall pada Februari lepas.

CYBERJAYA – Pengasas Malakat Mall, Fadzil Hashim mahu mengajak golongan kaya supaya sama-sama menyumbang kepada Tabung Noriba bagi membantu orang ramai yang memerlukan bantuan pada ketika ini.

Mohd. Fadzil yang turut dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, beliau secara peribadi akan menghubungi mereka bagi memaklumkan ajakan tersebut.

“Bantu saya! Saya ingin menulis surat kepada orang-orang kaya Malaysia untuk menyumbangkan Sadaqah kepada Tabung NORIBA bagi membantu lebih ramai lagi mereka yang memerlukan tanpa mereka terjebak dengan pinjaman ALONG!

“(Anda) boleh senaraikan nama-nama orang kaya yang Anda kenal, kalau dapat email mereka lebih baik atau nama pun okay. saya dan team akan cari,” catat Coach Fadzil di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Beliau turut menerangkan dana yang dikumpul menerusi tabung ini merupakan satu projek kebajikan yang menyediakan pinjaman tanpa riba.

“Peminjam tidak perlu tandatangan apa-apa kontrak dan tidak akan dikenakan apa-apa tindakan undang-undang jika tidak membayar hutang mereka.

“Mereka hanya perlu menjawab dengan Allah jika mereka sengaja tidak mahu membayar walaupun sudah mampu,” kata Coach Fadzil.

Pada 2 Julai lepas, Kumpulan Malakat Eco telah melancarkan Pinjaman RM100 NoRiba kepada individu yang memerlukan.

Orang ramai yang turut berminat untuk menyumbang dana bagi tujuan murni ini boleh menyumbang di sini.

Manakala, bagi individu yang ingin memohon pinjaman tanpa riba itu, boleh memohon di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here