
KUALA LUMPUR – Sehingga 31 April lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan sebanyak 278,023 jawatan kepada Kementerian Kesihatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, 40,000 pelantikan secara kontrak juga telah diluluskan dengan implikasi kewangan RM4.3 bilion.
“Bagi aspek pengurusan sumber manusia, KKM ingin merakamkan penghargaan kepada pihak yang terbabit meluluskan perjawatan dan pelantikan sumber manusia di KKM.
“Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan emolumen kepada pegawai di KKM yang kini berjumlah lebih RM18 bilion (63 peratus daripada peruntukan belanja mengurus KKM),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan pada hari kedua Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.