JPNP tolak permohonan penceroboh hutan simpan Batu Talam ambil semula barang

0
5804
Pokok durian Musang King yang ditebang selepas menceroboh di tanah Hutan Simpan Batu Talam

CYBERJAYA – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bertegas menolak permintaan daripada pekebun haram durian Musang King untuk mendapatkan semula barang milik mereka yang tertinggal di dalam kawasan Hutan Simpan Batu Talam.

Menurut JPNP dalam satu kenyataan, keputusan itu diambil selepas mendapat  nasihat dan pandangan dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan juga Timbalan Pendakwa Raya.

“JPNP telah meneliti laporan akhbar mengenai permohonan yang disampaikan kepada Menteri Besar Pahang berkaitan hasrat pekebun yang ingin memasuki ke kawasan operasi bagi tujuan mendapatkan semula barang milik mereka yang tertinggal di dalam kawasan Hutan Simpan Batu Talam.

“Setelah mendapat nasihat serta pandangan dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan juga Timbalan Pendakwa Raya, JPNP tidak membenarkan pekebun untuk memasuki Hutan Simpan Batu Talam untuk mengambil barang milik mereka.

“Ini kerana tindakan ini boleh mengganggu siasatan yang kini sedang giat dilengkapkan sepenuhnya untuk tujuan pendakwaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendedahkan menerima permintaan daripada pekebun haram durian Musang King untuk mengambil semula barangan mereka yang masih berada di lokasi berkenaan.

Beliau berkata, permintaan daripada penceroboh hutan simpan itu disampaikan menerusi Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon yang berkunjung ke pejabatnya di Wisma Sri Pahang, Kuantan petang semalam.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon

Bagaimanapun, permohonan itu tidak dilayan dan meminta mereka berhubung sendiri dengan JPNP.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here