Judo: Peserta Sudan tarik diri setelah diundi bertemu Israel

0
388
Aksi salah seorang atlet Israel (kanan) dalam salah satu kategori acara judo di Olimpik Tokyo.

TOKYO – Seorang peserta acara judo dari Sudan, Mohammed Abdalrasool menarik diri setelah diundi menentang wakil Israel.

Dia dilaporkan menarik diri semalam, setelah tidak muncul untuk pertarungannya menentang Tohar Butbul dalam perlawanan kategori 73 kilogram (kg), semalam.

Ini merupakan kali kedua penarikan diri berlaku dalam acara judo Olimpik 2020, setelah atlet Algeria, Fethi Nourine menarik diri minggu lepas disebabkan menerima undian yang sama.

Nourine dan jurulatih, Amar Benikhlef, mengumumkan keputusan mereka untuk menarik diri daripada pertandingan Khamis lalu kerana berpotensi untuk bertemu lawan dari Israel.

Dia memberitahu TV Algeria bahawa dia tidak mahu tangannya kotor dan menarik diri adalah tindakan yang betul.

Nourine juga berkata, “Kami telah bekerja keras untuk lolos ke temasya tersebut, tetapi perjuangan Palestin lebih besar daripada semua itu.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here