
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh 24 jam lalu merekodkan sebanyak 15,902 kes baharu Covid-19 berbanding 15,573 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan kes dengan jumlah tertinggi sejak penularan wabak itu menjadikan kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 996,393 kes.
Selangor mencatatkan kes tertinggi sejak pandemik melanda negara iaitu sebanyak 7,351 kes bersamaan 358,969 kes kumulatif.
Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut mencatatkan peningkatan kes iaitu 2,406 kes, diikuti Kedah (867), Johor (804), Sabah (712), Melaka (631) dan Negeri Sembilan (625)
Jumlah tertinggi penularan diikuti Pulau Pinang (530), Kelantan (502), Perak (469), Pahang (406) dan Sarawak (261).