Kadar R-naught negara 1.06

0
11
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 ataupun R-naught negara pada ketika ini adalah sebanyak 1.06, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, dua negeri mencatat angka R-naught yang melebihi nilai purata kebangsaan iaitu Pahang dan WP Putrajaya dengan masing-masing pada angka 1.17.

“Sebanyak 6 negeri mencatat nila R-naught di bawah nilai 1 iaitu Negeri Sembilan (0.97), WP Labuan dan Johor (0.91), Sarawak (0.90), Terengganu (0.88),
Kelantan (0.82) dan Perlis (0),” kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, sebanyak 77 kematian dilaporkan di seluruh negara hari ini, tertinggi di Selangor dengan 30 kes, diikuti dengan masing-masing 10 di WP Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, 8 di Melaka, 7 di Johor, 4 kes di Kedah dan Pahang, 3 kes di Kelantan, dan 1 kes kematian di WP Labuan.

Pada ketika ini, terdapat sebanyak 69,447 kes yang diklasfikasikan sebagai masih aktif di seluruh negara dengan 923 daripadanya sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, sebanyak 433 pesakit kini sedang menerima bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here